( VIRAL ) “Tolong, jangan. Penyakit (dihidapi anak Izzah) tidak mudah, saya tahu. Kamu simpan wang ini. Saya berharap ia akan memudahkan urusan kamu nanti.” -- Wanita Ini Keluarkan Duit Tambang Teksi RM 94. Apa Yang Pemandu Teksi Lakukan Selepas Itu Buat Dia TERKEJUT..!!!

loading...
Screen Shot 2016-09-02 at 7.57.12 PM
Insan baik hati sebenarnya ada di mana-mana. Demikian gambaran pengalaman seorang wanita di Singapura yang berkongsi sifat murah hati seorang pemandu teksi, ketika dia menaiki teksi lelaki itu untuk ke Hospital Universiti Kebangsaan, Singapura bagi melawat anak sulungya.
Dalam kejadian pada pagi Khamis lalu, Izzah Lina yang baharu sahaja selesai membeli makanan untuk suami dan anaknya, Irfan mengambil keputusan menaiki teksi di stesen MRT yang terletak di Woodlands kerana menyedari bahawa dia sudah lambat untuk ke hospital.
Menurutnya, dia menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang pakcik berbangsa Cina yang disifatkannya seorang yang sangat bagus apabila sentiasa mengingatkan dia supaya memegang erat anaknya, Norris dan memakai tali pinggang keledar.
“Saya agak terkejut kerana secara jujurnya, tidak pernah pemandu (teksi) sebelum ini melakukan perkara tersebut,” demikian tulis Izzah secara berseloroh dalam entri di laman Facebooknya.
Screen Shot 2016-09-02 at 7.57.19 PM
Kata Izzah, sepanjang berada di dalam teksi itu, pemandu teksi itu bertanya kepadanya tujuan dia mahu ke Hospital Universiti Kebangsaan pada awal pagi. Mereka kemudiannya memulakan perbualan ringkas, kongsi Izzah.
“Dia fikir saya ke sana untuk menjalani pemeriksaan (kesihatan). Jadi, saya beritahunya bahawa anak sulung saya berada di hospital itu.
“Perbualan kami berlanjutan kepada Norris (anak perempuannya) dan penyakit EGE (eosinophilic gastroenteritis) sehingga kepada bagaimana kami (dia dan suami) bimbang ketika Ifran mula mengalami pendarahan,” tulisnya.
Sebagai seorang ibu, Izzah meluahkan cabaran dan kebimbangan terhadap nasib anaknya yang menghidap penyakit EGE, yang sehingga kini punca jangkitan penyakit itu masih tidak diketahui, serta penawarnya masih tidak ditemui.
Meskipun terpaksa berkongsi perkara tersebut kepada individu yang tidak dikenalinya, Izzah berkata, “Ia adalah satu perjalanan yang sangat menyenangkan, dan sesuai untuk memulakan waktu pagi saya.”
Menurut Izzah, sebaik sahaja dia sampai ke hospital tersebut, dia mengeluarkan wang untuk diberikan kepada pemandu teksi itu, sebagai bayaran tambang berjumlah $ 23 (RM94.00).
Bagaimanapun Izzah terkejut apabila pemandu teksi itu enggan menerima tambang teksi.
“Saya mengeluarkan dompet saya untuk membayar tambang dan menyerahkan wang kepadanya, namun dia berkata: “tak apa, tak apa.”
“Kamu memerlukan wang lebih daripada saya. Saya berharap pasukan penyelidikan perubatan di Amerika Syarikat berjaya menemui penawar untuk penyakit anak lelaki kamu tidak lama lagi. Kamu mesti kuat dan bersabar. Jangan lupa untuk berdoa,” pesan pemandu teksi itu kepada Izzah.
Izzah, yang berasa serba salah berkeras supaya pakcik itu mengambil tambang teksi.
“Tidak pakcik, pakcik memandu teksi untuk mencari wang untuk keluarga.”
Namun lelaki itu bertegas dan berkata, “Tolong, jangan. Penyakit (dihidapi anak Izzah) tidak mudah, saya tahu. Kamu simpan wang ini. Saya berharap ia akan memudahkan urusan kamu nanti.”
Izzah berterima kasih atas kebaikan pemandu teksi itu, namun dia meluahkan sedikit rasa kesal kerana terlupa untuk mencatat nombor pendaftaran teksi itu
“Saya harap hari hari anda sentiasa bahagia dan anda sentiasa mendapat pelanggan yang baik dan Allah membalas kebaikan anda seratus kali lebih daripada ini. Terima kasih terima kasih terima kasih.
“Perjalanan (bersama pakcik) memberi saya harapan lagi. Sifat kemanusiaan masih ada. Semoga Allah memudahkan segala urusan anda. Terima kasih pakcik. Saya harap pakcik memperoleh $2,300 (RM9396.53) hari ini,” katanya, yang sehingga kini status tersebut mendapat perkongsian lebih 200 pengguna Facebook.
Screen Shot 2016-09-02 at 7.57.24 PM

loading...

0 Response to "( VIRAL ) “Tolong, jangan. Penyakit (dihidapi anak Izzah) tidak mudah, saya tahu. Kamu simpan wang ini. Saya berharap ia akan memudahkan urusan kamu nanti.” -- Wanita Ini Keluarkan Duit Tambang Teksi RM 94. Apa Yang Pemandu Teksi Lakukan Selepas Itu Buat Dia TERKEJUT..!!!"

Post a Comment

Facebook

Advertising

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close