loading...
KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Maritim
dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA ‘19) yang akan berlangsung di
Langkawi, Mac tahun depan, dijangka menarik sekurang-kurang 600 syarikat
pempamer membabitkan 14 negara.
Menteri
Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata pihaknya menyasarkan 60 peratus
penyertaan membabitkan pemain industri pertahanan, manakala selebihnya
daripada kalangan syarikat komersial.
“Sebanyak
555 pempamer dan 371 delegasi dari 49 negara menyertai LIMA ‘17 yang
turut menarik kehadiran 40,000 pelawat perniagaan serta 200,000
pengunjung awam.
“Kita
berharap LIMA ‘19 akan menarik lebih ramai pengunjung dan pempamer
bersama teknologi serta aset terbaharu yang dapat dimanfaatkan untuk
pertahanan maritim dan aeroangkasa,” katanya ketika berucap pada Majlis
Pelancaran LIMA ‘19 di Wisma Perwira, di sini, hari ini.
Majlis
turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong;
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; dan
Pengerusi EN Projects (M) Sdn Bhd, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd
Nor.
Mohamad berkata, LIMA ‘19 memberi peluang kepada kerajaan untuk menjadikan pameran itu rujukan kemampuan pertahanan negara.
“Melalui
pameran itu, kita dapat mengukur sejauh mana pembangunan dan pemodenan
sistem ketenteraan negara, termasuk keperluan pertahanan ruang angkasa
serta maritim.
“Kuasa
udara serta maritim menjadi keutamaan pertahanan kita dan LIMA sebagai
hab pertahanan adalah paling sesuai untuk kita mencari cara terbaik ke
arah itu,” katanya.
Sementara
itu, EN Projects selaku penganjur LIMA ‘19 turut menyasarkan lebih 100
pesawat dan 30 aset maritim menyertai pameran kali ini.
Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Sabri Adam,
berkata lebih 60 peratus ruang lantai pameran sudah ditempah pemain
industri dari dalam serta luar negara dan jumlah itu dijangka terus
meningkat menjelang bulan depan.
“Penganjur
turut mengambil beberapa pendekatan baharu untuk memperkukuh daya
efektif LIMA dan pada masa sama, memperbaiki inisiatif sedia ada bagi
menarik lebih banyak penyertaan,” katanya.
Pameran
LIMA yang kini memasuki edisi ke-15 sejak diperkenalkan pada 1991, akan
berlangsung selama lima hari bermula 26 hingga 30 Mac tahun depan.
Pameran
terbesar maritim dan aeroangkasa di Asia Pasifik itu akan diadakan di
Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) dan Resort World Langkawi
dengan tema ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence’.
loading...
0 Response to "LIMA 2019 Mungkin terbesar dan dijangkakan menarik sekurang-kurang 600 syarikat jangan lepaskan peluang ini.."
Post a Comment