loading...
Ramai orang ada tanggapan negatif terhadap kakitangan hospital kerajaan. Kadang-kadang mereka cuma nak patuhi prosedur kerja mereka sahaja, tapi dituduh malas, curi tulang dan lembab. Contohnya macam kes yang baru jadi ni.
Gara-gara tiada surat rujukan dari hospital tempat pesakit ini dirawat sebelumnya, anaknya bertindak mengambil tindakan untuk membuka sendiri simen pada kaki bapanya. Terpanggil untuk menegakkan kebenaran, jururawat ini bersuara tentang betapa pentingnya mengikut prosedur dan tidak boleh bertindak sesuka hati dalam urusan berkaitan rawatan dan kesihatan!
Marah Disuruh Tunjuk Surat Untuk Buka Simen!
Kenyataan diatas adalah status laman sosial seorang lelaki yang mendakwa pihak hospital menyukarkan proses buka simen kaki bapanya kerana meminta surat rujukan dari hospital tempat kaki bapanya disimen. Marah betul lelaki ni pada staff hospital yang menurutnya sedang duduk ‘menyembang’.
“Diorang Malas Buat Kerja”
Tidak cukup dengan itu, ada pula yang ‘menyokong’ statement lelaki ini dengan komen-komen yang ditinggalkan pada status tersebut.
Dibawah ini merupakan kenyataan balas seorang jururawat yang menjelaskan mengapa urusan membuka simen tersebut harus mengikut prosedur dan bukannya sesuka hati dilakukan sendiri.
‘Patut Disimenkan Je Otak Dia Ni!’
Ini salah satu contoh kenapa bukan semua orang layak dianugerahkan jadi ahli kesihatan. Sebab tahap kebodohan maha dewa dia.Kisah dia, bapak dia kena simen kat kaki. Simen di HSB. Kemudian MENURUT DIA, dia tanya staf di sana boleh tak buka simen di HSR. Dia cakap staf tu benarkan dia buka simen disana, asalkan bawa kad tu.Tapi sampai kat HSR, staf HSR minta surat untuk potong simen. Dia pulak takda surat, so dia bising-bising la. Akhirnya dia pi potong simen tu sendiri guna pisau.Ni, aku nak cerita berapa banyak bodoh yang dia dok pamer kat Facebook ni.1. Kalau simen di HSB, kemudian nak potong simen di HSR, dah tentu perlukan surat rujukan dari HSB. Bongok ke apa, buat checkup kat HSB tapi nak refer ke HSR tanpa surat. Mana la staf HSR nak tahu berapa lama simen kena letak, mana x-ray lama, tulang apa yang patah, dsb. Sebab tu kena surat referral (rujukan). Kat situ la doktor dari HSB akan tulis apa ceritanya untuk bacaan doktor kat HSR. Semua kes kompom doktor akan tulis referral, bagi kat waris. Aku rasa si pengadu ni yang sebenarnya yang tak bawak surat. Pasal tu dia marah, pasal salah dia. (Dia boleh tuduh-menuduh syak-mengesyak, kenapa tak kita, kan?)2. Hang ingat senang-senang je ke staf HSR nak potong simen, buat x-ray kemudian simen balik ikut suka? Kena ada surat la, nak tahu apa yang jadi. Xray lama, untuk bandingkan penyembuhan tulang patah tu. Kalau dah simen potong xray pastu simen balik, bila nak eloknya? Kalau alignment tulang tu lari dek potong simen potong simen, tahu pulak nak bising?3. Tulang patah bukan sesuka hati je boleh bukak simen tu. Bergantung pada penyembuhan tulang tu. Doktor cuma bagi tempoh masa jangkaan je untuk tulang tu sembuh. Tak semestinya bagi masa 3 minggu, 3 minggu tu terus nak potong simen tanpa check balik. Kalau masih tak elok, simen kena biar.4. Yang potong simen tu bukan kerja jururawat. Bodoh ke apa semua benda nak kaitkan dengan jururawat? Yang potong simen tu kerja orang lain. Jururawat tak kerja bahagian POP dan potong-potong simen ni. Jururawat cuma rawat penyakit, bukan kebodohan. Ingat sikit. Bukan semua orang berbaju uniform putih tu adalah jururawat. Lain kali biar cerdik sikit bang.5. Potong sendiri guna pisau ni la yang paling bangang sekali. Kalau terhiris arteri macam mana? Kalau terpotong kulit, habuk POP masuk luka, macam mana? Kalau tulang tak sembuh lagi tapi pi memandai potong simen, macam mana? Apa “Doktor Along” tu nak buat? Sapu hirisan limau kasturi campur makjun Pok Din?6. Skrip biasa. Diri sendiri yang bodoh, mula la nak salahkan staf nak tuduh staf bersembang la, staf makan la, staf tak senyum la apa la. Padahal staf sembang ka, makan ka, tak senyum ka, ikut suka dia la. Itu hak dia. Asalkan kerja dia siap on time, biar pi la dia. Takkan nak expect setiap staf kena pi belai ubun-ubun hang dengan penuh manja dan kasih sayang kot? Takpa, lepas ni semua staf kena belai manja kepala orang bodoh macam hang kat hospital. Baru la mantap. Kan?7. Hangpa tengok la nanti. Lepas ni akaun FB dia, FB orang yang dok komen, yang like semuanya akan hilang sekelip mata. Tukar nama pun ada, delete komen dan post pun ada, yang PM personal mintak turunkan post ni pun ada. Puii.
loading...
0 Response to "( GAMBAR ) "Nak Mampus Deme dgn Doktor Tu.. Bengong Tahap gaban Dah.. Nyusahkan Org Je.. Elok Simpan tu baling kt muka Deme Je.. " -- Jururawat Tegur Anak Pesakit Yang Tak Ikut Prosedur Hospital !"
Post a Comment